2012-09-04

Ayam Goreng Masala...Pembuka Selera

Resipi ayam goreng masala ni saya buat untuk dinner hari ni. Kombinasi rasanya sangat menarik dan sedap. Gabungan rasa rempah kari, serbuk cili dan garam masala memang marvellous. Garam masala yang saya guna ni jenama MasterFoods beli di Giant. Harganya RM10.20. Untuk makluman semua, resipi ni saya cedok dari Majalah Saji Bulan September 2012. Mengikut Majalah Saji ni, menu Ayam Goreng Masala ni sangat sesuai untuk disajikan masa open house. Terima kasih kepada penyumbang resepi Suwarsi, Klang.Rakan-rakan di luar sana silalah cuba.

Ayam Goreng Masala

Bahan2:

1 ekor ayam -potong kecil
1 biji tomato-dadu (saya xletak tapi saya tambah kentang)
8 sudu besar serbuk kari daging
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil rempah garam masala
1 sudu kecil serbuk jintan manis (saya xletak)
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (saya letak original kayu manis)
1 sudu kecil serbuk bunga cengkih (saya letak origina bunga cengkih)
6 ulas bwg merah-mayang
3 ulas bwg putih-mayang
2 tangkai daun kari
Garam,gula(saya xletak) dan minyak masak secukupnya
Daun bwg utk hiasan

Cara2:

  • Perap ayam bersama separuh serbuk kari, serbuk cili, rempah garam masala, sedikit garam dan lada sulah selama sejam. kemudian, goreng hingga masak.Ketepikan.
  • Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bhn2 mayang,tomato serta daun kari hingga kekuningan. (sebab saya guna original kayu manis & bunga cengkih,so, saya tumiskan sekali masa ni)
  • Masukkan separuh lagi serbuk kari, serbuk cili dan rempah garam masala. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos cili serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu mans, serbuk cengkih dan tumis beberapa minit lagi.(saya hanya masukkan sos cili masa ni)
  • Masukkan ayam, sedikit air,garam dan gula(saya xletak) secukup rasa.
  • Taburkan daun bwg dan boleh dihidang bersama roti atau nasi.



2012-07-02

Banana Chocolate Rice Cake






Dalam tercari-cari resepi kek pisang, saya terjumpa resepi ni di blog Kak Ita Masam Manis. Lagi teruja bila En Mat DTS pun dah try resepi ni. Resepi asal dari Ummi @ Home Sweet HomeResepi kek pisang yang sangat moist dan penuh rasa coklat urainya. Memang sangat best kalau dapat makan fresh dari oven waktu minum petang.Sesiapa yang nak try resepinya ada dibawah ni. Minta izin ye Kak Ummi.Terima kasih Kak Ummi.

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee  
Rujukan : Buku Lovely Butter Cakes
Dicuba Rasa dan  Terjemahan oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A
150 gm marjerin atau butter*saya guna butter
150 gm gula kastor 
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek*saya guna pisang berangan
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah 

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
*saya guna tepung gandum
30 gm chocolate rice ~ ita lebihkan 50 gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak *saya juga xletak
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah*saya guna almond nibs
~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc
Alas baking papaer dan griskan dengan butter
Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
masukkan coklat cip dan gaul rata
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (kak ummi guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak
Taburkan kekacang di atas kek
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.


2012-07-01

Sardine Puff

Tiba-tiba rasa nak buat sardine puff lepas jenguk blog En Mat Gebu DTS..Finishing letak black pepper atas puff macam En Mat buat...Macam biasalah guna pastry jenama Kawan yang sememangnya mudah dan senang..Terima kasih En Mat..






Kek Coklat untuk Harijadi

Kek Coklat + Coklat Topping + Simple deco untuk birthday Alid..




Kek Coklat+ Buttercream untuk hantaran

Kek Coklat + Buttercream untuk hantaran wedding Kak Fara..Selamat Pengantin Baru..


2012-05-09

Pisau Seramik

First time tengok pisau ni masa jenguk resepi di blog kak ida 1001 resepi. Menarik jugak sebab pisau ni tidak perlu diasah dan tidak akan karat.Dengar kata mudah digunakan untuk memotong berbanding pisau biasa.Harganya RM70. Saya begitu teruja untuk beli pisau ni.Sesiapa yang berminat boleh jenguk website ni. Jom kita tengok gambar pisau seramik ni yang saya ambil dari website http://www.pisauseramik.com/




Kitchenware Idaman Kalbu

Dah lama rasanya saya berangan nak beberapa tools yang rasanya berguna semasa di dapur. Selepas blogwalking kt blog Chef Asma, saya sangat2 tertarik dengan benda ni...

Steamer Trio

Steamer ni sangat sesuai untuk mengukus pelbagai jenis masakan terutamanya pada mereka-mereka yang berniaga kecil-kecilan ataupun untuk kegunaan di rumah.  Sangat sesuai mengukus aneka talam, aneka kek, aneka puding dan sebagainya. 





Steamer ni boleh muat tray 10"x10" atau 12"x10". Harganya RM195. Gambar-gambar ni diambil dari blog Chef Asma Culinary Studio. Sesiapa yang berminat boleh lah jenguk blog  Chef Asma  k..