2013-02-24

Donut kentang



Lembut dan gebu
Tidak keras walaupun dah sejuk.Confirm..
Buktinya..saya buat malam esok pagi still lembut
Adunan hanya cukup untuk 2-3 orang ataupun sepinggan makan
Dah dua kali try..resepi ni gerenti jadi
Sumber resepi dari Majalah Saji Februari 2013
Penyumbang resepinya Chef Zaidah Mohamad


Sumber : Chef Zaidah Mohamad, Majalah Saji Februari 2013

BAHAN A

150g tepung gandum
40 g kentang lecek ( saya rebus sebiji ,lenyekkan tapi guna hanya 3/4 drpd sebiji)
1 sudu besar tepung susu
1/2 biji telur
40ml air suam (saya tambah sedikit hingga adunan lembut )
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu kecil ragi segera (saya guna jenama Moi)

BAHAN B

Sedikit gula halus/kastor
Minyak utk goreng

Note : utk sukatan sudu besar dan sudu kecil, saya hanya gunakan sukatan sudu makan yg biasa

Cara:

1) Satukan semua bahan A kecuali air dan kacau rata.
2) Tuangkan air sedikit2 hingga adunan lembut. Bentukkan bulat dan rehatkan hingga adunan naik sekali ganda.
3) Uli dan canai adunan, terap bulat (saya buat bulat2 macam bebola) dan goreng hingga keperangan.
4) Golekkan pada gula semasa masih panas.


2013-02-18

Scottish Shortbread


Sumber : koleksi1001resepi



Rasanya lemak manis tapi tidak terlalu manis

Kuantiti tepung jagung yang digunakan sudah cukup
 untuk rasa sedikit crunchy

Biskut ni merupakan biskut tradisional Scotland

Biasanya dimakan time Christmast and New Year

Sangat sesuai dimakan time petang bersama teh o 


ingredients

225g butter
1/2 cawan gula caster
2 cawan tepung gandum
100g tepung jagung
secubit garam

preheat oven to 170°C
cream butter, garam dan gula hingga kembang dan fluffy...dalam 10 minute atau boleh guna food mixer
ayak tepung dan tepung jagung ke dalam butter mixture tadi...gaul cepat supaya semua bahan supaya semua becampur....tetapi jangan over mix.
uli doh sikit (jangan terlebih uli)
roll doh hingga ketebalam 1 cm dan cucuk-cucuk permukaan dengan garfu...potong segi empat panjang seperti foto atas atau terap dengan acuan pilihan anda...
letak atas baking sheet dan bakar selama 25 minit
keluarkan dari oven dan taburkan dengan sikit gula caster