Lembut dan gebu
Tidak keras walaupun dah sejuk.Confirm..
Buktinya..saya buat malam esok pagi still lembut
Adunan hanya cukup untuk 2-3 orang ataupun sepinggan makan
Dah dua kali try..resepi ni gerenti jadi
Sumber resepi dari Majalah Saji Februari 2013
Penyumbang resepinya Chef Zaidah Mohamad
Sumber : Chef Zaidah Mohamad, Majalah Saji Februari 2013
BAHAN A
150g tepung gandum
40 g kentang lecek ( saya rebus sebiji ,lenyekkan tapi guna hanya 3/4 drpd sebiji)
1 sudu besar tepung susu
1/2 biji telur
40ml air suam (saya tambah sedikit hingga adunan lembut )
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu kecil ragi segera (saya guna jenama Moi)
BAHAN B
Sedikit gula halus/kastor
Minyak utk goreng
Note : utk sukatan sudu besar dan sudu kecil, saya hanya gunakan sukatan sudu makan yg biasa
Cara:
1) Satukan semua bahan A kecuali air dan kacau rata.
2) Tuangkan air sedikit2 hingga adunan lembut. Bentukkan bulat dan rehatkan hingga adunan naik sekali ganda.
3) Uli dan canai adunan, terap bulat (saya buat bulat2 macam bebola) dan goreng hingga keperangan.
4) Golekkan pada gula semasa masih panas.