2016-09-28

Cara guna breadmaker

Rasa dah lama sangat x buka blog..bertahun juga ler.. Hari ini tiba2 rasa rindu pulak nak menulis kat blog ni. Entry pertama tahun ni saya nak kongsi macam mana nak guna breadmaker. Sebenarnya saya nak cuba guna breadmaker jenama logik ni yang saya beli kat carboot di UK last year. Murah sangat orang tu letak..harga dia 6 pound..lebih kurang RM36. Saya pun terus sambar beli tanpa mintak kurang pun. Sebab dah lama bersarang dalam stor, eloklah saya try guna sama ada function ke x. 

Saya guna resepi Classic Cinnamon Sticky Bun dari Chef Anna Olson kat AFC Channel tu . Saya dah translate kan dan adjust ikut keperluan bahan-bahan yang ada. Resepi asal boleh semak kat sini. Untuk yang xpernah guna breadmaker, kat sini saya ada tunjukkan cara guna step by step. Secara dasarnya saya tengok cara guna breadmaker ni lebih kurang sama je xkisah brand ape pun. Jom ler kita tengok resepi dulu.

DOH

1 1⁄4 cawan susu segar (panaskan sedikit supaya suam)
2 1⁄4 tsp instant dry yeast
1⁄4  cawan gula kastor
1 biji telur saiz B (suhu bilik)
1⁄4 cawan mentega tanpa garam , cairkan
3 1⁄2 cawan tepung high protein
1/2  tsp garam

FILLING

2/3 cawan gula perang (brown sugar)
1 Tbsp serbuk kayu manis
3 Tbsp mentega tanpa garam, cairkan 

CARA-CARA

1) Masukkan bahan yang basah dan dikuti bahan kering ke dalam breadmaker.
2) Tekan menu untuk pilihan apa yang kita nak breadmaker ni buat. Kalau kita tengok kat pilihan menu ada 12 benda yang breadmaker ni boleh buat. Untuk resepi ni, kita nak dalam bentuk dough.. so kita pilih no. 9. Once kita pilih no.9 ni, kat screen akan tulis berapa lama akan siap. Lepas pilih no. 9, kita tekan start.

Pilih 'Dough' dan kemudian tekan 'Start'

Waktu ni, breadmaker tengah gaulkan semua bahan

Bila dah siap akan jadi macam ni..terus keluarkan..tumbuk2 sikit untuk keluarkan angin..kemudian boleh uli ikut bentuk yang kita nak



Gunakan penggelek untuk ratakan dough..sapukan mentega..kemudian boleh letak filling (gaulkan cinnamon+gula perang). Saya tambah choc rice. Gulungkan

Susun dalam tray dan bakar pada suhu lebih kurang 180 C/190 C hingga keperangan


Saya tambah sos karamel.. then sedia untuk dihidang..Selamat mencuba..=)





2015-02-02

Spain Trip Day 2 - Sevilla


Dari Gibraltar kami terus gerak ke Sevilla. On the way ke Sevilla tu kami sangat kagum dengan view yang sangat cantik dan sempat tengok sunset nan indah.

Drive kat sini agak rilek dan kereta pun xbanyak

 Kat Spain memang antara negara yang berpotensi menggunakan solar energy

 Sunset nan indah..


Kami sewa di Hotel Bellavista Sevilla dengan harga lebih kurang £30++ kat Booking.com. Hotel dia oklah cuma xde kettle untuk masak air dan paling kritikal xde aircond. So, saya x recommend hotel ni kalau datang time summer. 



Esoknya pagi2 lagi kami dah start gerak untuk jalan2 di bandar Sevilla. Kat bandar Sevilla ni jumpa satu kedai kebab halal ni. Harganya agak murah dalam 5 euro dapat kebab, fries dan air.

Hb yang tengah survey harga kat kedai kebab ni

 Mini garden


Boleh sewa kereta kuda ni kalau nak round2 bandar Sevilla..kami x naik sebab mahal bebenor. Harga dalam 50 euro kalau xsilap. Kalo nak beli souvenir macam fridge magnet, keychain boleh beli kat sini sebab banyak pilihan kedai souvenir.


Habis round2 bandar Sevilla ni kami terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Cordoba. 

Saya akan ceritakan experience kami di Cordoba di next entry k =). Assalammualaikum..

2015-02-01

Spain Trip Day 1 - Malaga and Gibraltar


Trip ke Spain kali ni memang dah rancang lama dan kami dah prepare maklumat yang rapi sebab takut ada masalah bahasa masa ada kat Spain nanti. Boleh dikatakan agak susah untuk jumpa orang Spain yang boleh berbahasa Inggeris. Rata2 memang orang Spain cakap bahasa diorang ler.

So, awal2 lagi kami dah book flight Ryan Air dari Manchester ke Malaga. Harga tiket masa tu dalam lebih kurang £70 per person (return). Hotel semua kami dah siap2 book kat  website www.booking.com. Kami sewa kereta di Gold Car Rental since harganya jauh sangat murah berbanding Avis, Hertz dll. Kami dah siap2 buat online booking kereta ni untuk tiga hari.

Sampai je kami kat airport Malaga, tempat pertama yang kami singgah dalam airport Malaga adalah booth Lebara ni untuk beli simcard. Ni sebagai persediaan in case kalo sesat so boleh cari info or google maps jalan. Anyway, kami jugak dah siap2 bawak GPS sendiri dari Manchester, so jimat skit xyah nak sewa lagi. Kalo xbawak pun, boleh je sewa kat mana2 tempat sewa kereta.



Then, kami ikut je signboard kat airport ni untuk ke tempat car rental..


Follow je.. sangat senang instruction dia. Then, sampai je kami settlekan documentation dan payment kat kaunter. Untuk kita drive kat Europe ni perlu ada Permit Memandu Antarabangsa. Pegi je ke JPJ, isi borang dan bayar dalam RM150 camtu untuk setahun.

Lepas settle documentation and payment ni, boleh terus amik kunci kat tempat parking kereta. Perlu diingat, kat Europe kena drive belah kiri, kat Malaysia kita drive belah kanan. Jadi maknanye kalo ada roundabout, make sure kena ingat kena drive lawan jam. 

 

Masa kami pegi ni awal musim panas, cuacanya macam lebih kurang Malaysia cuma anginnye agak sejuk. Destinasi pertama kami adalah Gibraltar dan kat sini ada Rock of Gibraltar ataupun Jabal Tariq. Yang uniknya Gibraltar ni adalah dibawah pemerintahan British. So, Gibraltar ni ada airport sendiri dan boleh guna matawang pound kat sini.

Gibraltar Map



Boleh nampak Rock of Gibraltar ataupun Jabal Tariq dari sini..



Di Gibraltar ni, ada satu masjid nama King Fahd bin Abdulaziz al-Saud Mosque kat Europa Point. Kami singgah jap kat masjid ni untuk rehat, makan dan solat.

 


View kat sekitar masjid tu sangat cantik dan boleh nampak Morocco dari sini..


Habis round2 kat Gibraltar ni, kami terus gerak ke Sevilla untuk bermalam kat sana. 

Ok, habis sudah Day 1 di Spain ni, jumpa  lagi next entry k..=)

2015-01-29

Scotland Part 2 - Inverness and CairnGorm Mountain



Selepas bermalam sehari di Edinburgh kami bergerak ke Inverness dalam lebih kurang 3-4 jam perjalanan. 




Sampai sana je kami terus ke Urquhart Castle. Tiket masuk dalam £7.90 utk dewasa dan £4.80 utk kanak- kanak. Harga ni masa kami pegi Disember 2013. Kat Urquhart Castle ni kita leh tgk view yang sangat cantik Lochness. Lochness ni terkenal dengan lagenda makhluk air bernama Nessie dan merupakan tasik kedua terbesar di Scotland selepas Loch Lomond.

Bilik tayangan video

Boleh dikatakan tourist masa ni x ramai dalam 3-4 orang je mungkin sebab cuaca hujan dan agak sejuk.

Lochness 


Urquhart Castle

Then, kami pun gerak ke Mount CairnGorm untuk lihat orang main ski. Mulanya plan nak main ski tapi since kami sampai agak lewat dalam pukul 2 petang dan tempat main ski akan tutup dalam 4 petang, so kami decide cancel jelah lagipun bayaran main ski ni agak mahal dalam lebih kurang £70 per person termasuk alat2 sekali. Rugi ler kalo dapat main sekejap sangat. Jadinye, kami just round2 je amik gambar then balik hotel.

Tempat parking kereta

CairnGorm Mountain

Lepas beratur yang sangat panjang untuk naik cable car, kami makan jap kt satu2 nya cafe kat mountain ni. Kami order kentang goreng+ macaroni cheese ni. Rasanya boleh tahan.. jadilah untuk lapik perut.

Kentang goreng dan macaroni cheese yang simple tapi sedap


Ada jugak yang datang naik bas

Mountain yang dilitupi snow


On the way balik dari atas mountain tu, kami singgah jap Loch Morlich. View nya sangat cantik dan boleh tengok mountain yang dilitupi snow dari sini.


Loch Morlich

Boleh nampak CairnGorm Maountain dari sini

Esoknye kami singgah kat bandar Glasgow sekejap sebelum balik ke Manchester.


Singgah kat jambatan ni jap untuk amik gambar di sekitar bandar Glasgow. Then, kami lunch kat satu restoran arab kat sekitar bandar Glasgow. 


 Nasi putih+kambing+kuah 

Hummus

Sepanjang trip ke Edinburgh-Inverness-Glasgow ni kami duduk kat hotel Travelodge dalam harga £30-£35. Untuk trip ni, kami sewa kereta Peugeot 305 dari Avis. Kami sewa kereta manual since lebih murah compare dengan kereta auto. 

Anyway, thanks sudi baca nukilan yang xseberapa ni. Jumpa lagi next entry..=)


2014-03-04

Scotland Part 1- Edinburgh

Edinburgh..Capital city of Scotland
Dipenuhi dengan banyak bangunan-bangunan lama yang unik dan
 ada sejarah tersendiri
Satu hari di sini rasa memang xcukup

 Edinburgh Castle



 View from castle

 Entrance 




Masjidnya juga agak besar
Siap dengan restoran halal di perkarangan masjid
Kalo rasa malas nak cari kedai makan halal di Edinburgh 
Cari je masjid ni

Edinburgh Central Mosque
50 Potterrow, Edinburgh, EH8 9BT






Makanannya boleh tahan
Harganya pun xmahal..

Kami duduk di tepi tingkap..so leh nampak view masjid

Xingat order ape..nasi bryani ayam kalo xsilap

 Order gak kebab n nan..sila abaikan tangan tu..nampak na laparnye...xnyempat2 org nak snap picture..=)

Selepas sehari di sini..kami bergerak ke Inverness..
Dalam 3jam lebih dari Edinburgh
Jumpa lagi di next entry k..
Salam..