2015-02-01

Spain Trip Day 1 - Malaga and Gibraltar


Trip ke Spain kali ni memang dah rancang lama dan kami dah prepare maklumat yang rapi sebab takut ada masalah bahasa masa ada kat Spain nanti. Boleh dikatakan agak susah untuk jumpa orang Spain yang boleh berbahasa Inggeris. Rata2 memang orang Spain cakap bahasa diorang ler.

So, awal2 lagi kami dah book flight Ryan Air dari Manchester ke Malaga. Harga tiket masa tu dalam lebih kurang £70 per person (return). Hotel semua kami dah siap2 book kat  website www.booking.com. Kami sewa kereta di Gold Car Rental since harganya jauh sangat murah berbanding Avis, Hertz dll. Kami dah siap2 buat online booking kereta ni untuk tiga hari.

Sampai je kami kat airport Malaga, tempat pertama yang kami singgah dalam airport Malaga adalah booth Lebara ni untuk beli simcard. Ni sebagai persediaan in case kalo sesat so boleh cari info or google maps jalan. Anyway, kami jugak dah siap2 bawak GPS sendiri dari Manchester, so jimat skit xyah nak sewa lagi. Kalo xbawak pun, boleh je sewa kat mana2 tempat sewa kereta.



Then, kami ikut je signboard kat airport ni untuk ke tempat car rental..


Follow je.. sangat senang instruction dia. Then, sampai je kami settlekan documentation dan payment kat kaunter. Untuk kita drive kat Europe ni perlu ada Permit Memandu Antarabangsa. Pegi je ke JPJ, isi borang dan bayar dalam RM150 camtu untuk setahun.

Lepas settle documentation and payment ni, boleh terus amik kunci kat tempat parking kereta. Perlu diingat, kat Europe kena drive belah kiri, kat Malaysia kita drive belah kanan. Jadi maknanye kalo ada roundabout, make sure kena ingat kena drive lawan jam. 

 

Masa kami pegi ni awal musim panas, cuacanya macam lebih kurang Malaysia cuma anginnye agak sejuk. Destinasi pertama kami adalah Gibraltar dan kat sini ada Rock of Gibraltar ataupun Jabal Tariq. Yang uniknya Gibraltar ni adalah dibawah pemerintahan British. So, Gibraltar ni ada airport sendiri dan boleh guna matawang pound kat sini.

Gibraltar Map



Boleh nampak Rock of Gibraltar ataupun Jabal Tariq dari sini..



Di Gibraltar ni, ada satu masjid nama King Fahd bin Abdulaziz al-Saud Mosque kat Europa Point. Kami singgah jap kat masjid ni untuk rehat, makan dan solat.

 


View kat sekitar masjid tu sangat cantik dan boleh nampak Morocco dari sini..


Habis round2 kat Gibraltar ni, kami terus gerak ke Sevilla untuk bermalam kat sana. 

Ok, habis sudah Day 1 di Spain ni, jumpa  lagi next entry k..=)

No comments:

Post a Comment