2015-01-29

Scotland Part 2 - Inverness and CairnGorm Mountain



Selepas bermalam sehari di Edinburgh kami bergerak ke Inverness dalam lebih kurang 3-4 jam perjalanan. 




Sampai sana je kami terus ke Urquhart Castle. Tiket masuk dalam £7.90 utk dewasa dan £4.80 utk kanak- kanak. Harga ni masa kami pegi Disember 2013. Kat Urquhart Castle ni kita leh tgk view yang sangat cantik Lochness. Lochness ni terkenal dengan lagenda makhluk air bernama Nessie dan merupakan tasik kedua terbesar di Scotland selepas Loch Lomond.

Bilik tayangan video

Boleh dikatakan tourist masa ni x ramai dalam 3-4 orang je mungkin sebab cuaca hujan dan agak sejuk.

Lochness 


Urquhart Castle

Then, kami pun gerak ke Mount CairnGorm untuk lihat orang main ski. Mulanya plan nak main ski tapi since kami sampai agak lewat dalam pukul 2 petang dan tempat main ski akan tutup dalam 4 petang, so kami decide cancel jelah lagipun bayaran main ski ni agak mahal dalam lebih kurang £70 per person termasuk alat2 sekali. Rugi ler kalo dapat main sekejap sangat. Jadinye, kami just round2 je amik gambar then balik hotel.

Tempat parking kereta

CairnGorm Mountain

Lepas beratur yang sangat panjang untuk naik cable car, kami makan jap kt satu2 nya cafe kat mountain ni. Kami order kentang goreng+ macaroni cheese ni. Rasanya boleh tahan.. jadilah untuk lapik perut.

Kentang goreng dan macaroni cheese yang simple tapi sedap


Ada jugak yang datang naik bas

Mountain yang dilitupi snow


On the way balik dari atas mountain tu, kami singgah jap Loch Morlich. View nya sangat cantik dan boleh tengok mountain yang dilitupi snow dari sini.


Loch Morlich

Boleh nampak CairnGorm Maountain dari sini

Esoknye kami singgah kat bandar Glasgow sekejap sebelum balik ke Manchester.


Singgah kat jambatan ni jap untuk amik gambar di sekitar bandar Glasgow. Then, kami lunch kat satu restoran arab kat sekitar bandar Glasgow. 


 Nasi putih+kambing+kuah 

Hummus

Sepanjang trip ke Edinburgh-Inverness-Glasgow ni kami duduk kat hotel Travelodge dalam harga £30-£35. Untuk trip ni, kami sewa kereta Peugeot 305 dari Avis. Kami sewa kereta manual since lebih murah compare dengan kereta auto. 

Anyway, thanks sudi baca nukilan yang xseberapa ni. Jumpa lagi next entry..=)